top of page

PROFIL KAMPUNG SURAPIT

       Kampung Surapit terletak di antara Kampung Rampazan dan Kampung Simpudu. Jarak Kampung Surapit ke pekan Papar ialah 7 kilometer melalui jalan lama Papar ke Kota Kinabalu.

 

       Kampung ini mempunyai keluasan lebih kurang 3 kilometer persegi. Padi adalah sumber tanaman utama dan sedikit pokok getah. Selain itu, kawasan perkampungan berkeluasan 1 kilometer persegi terdapat juga tanaman buah-buahan di sekitar kampung seperti buah durian, mangga, kelapa dan lain-lain.

 

       Perhubungan ke kampung ini amat mudah dengan menggunakan semua jenis kenderaan. Dan mengambil masa hanya 15 minit untuk ke pekan Papar dan 45 minit ke Kota Kinabalu.

Diperbaharui pada: 09 Julai 2014, Hakcipta terpelihara @ kampungsurapit

Paparan terbaik pada internet browser GOOGLE CHROME dengan resolusi 1024 x 768

bottom of page