top of page

ASAL USUL KAMPUNG SURAPIT

        Berdasarkan sumber dari orang-orang kampung, nama kampung Surapit berasal daripada nama Soopit yang bermaksud buluh kecil yang ditanam rapat- rapat. Buluh ini jarang ditemui dan berbeza daripada buluh-buluh yang terdapat pada hari ini. Buluh ini sangat unik dan hanya terdapat di kampung ini. Pada zaman 50-80 an, buluh ini sangat penting kepada penduduk kampung kerana fungsi sebagai pagar untuk melindungi tanaman dan haiwan ternakan. Buluh surapit dijadikan pagar kerana bentuk fizikalnya yang kecil dan tumbuh sangat rapat antara satu sama lain. Buluh ini masih terdapat sehingga hari ini. Oleh kerana pembangunan kampung yang semakin maju, buluh ini amat sukar ditemui.

     Selain itu, menurut sumber daripada (e-borneo.com, 2011), nama Kampung Surapit berasal daripada nama sejenis buah iaitu buah surapit atau serapit. (Nadir, 2009) Buah ini dikenali sebagai kapal madu. Pokok buah Surapit ini tergolong dalam keluarga pokok menjalar. Namun, maklumat ini dibantah oleh penduduk kampung kerana buah ini tidak terdapat di kampung surapit. Penduduk kampung menyatakan asal nama kampung surapit daripada buluh surapit dan bukan daripada buah surapit.

      Di samping itu juga, kampung ini terkenal dengan anak watan iaitu Dugasa. Beliau merupakan seorang pemimpin di kampung ini. Sumbangan beliau ialah telah berjaya menerokai kawasan kampung ini untuk dijadikan ladang serta sawah padi yang kini menjadi kegiatan utama ekonomi penduduk kampung.

Diperbaharui pada: 09 Julai 2014, Hakcipta terpelihara @ kampungsurapit

Paparan terbaik pada internet browser GOOGLE CHROME dengan resolusi 1024 x 768

bottom of page